Sunday, 2 October 2011

Perempuan Suka "Bad Guys"?

kepada lelaki :

Korang ni hensem, pakai baju smart. Bangun pagi pukul enam. Mandi-mandi, breakfast, start kereta lima minit terus pergi kerja. Kerja punya la bagus, hari-hari bos korang nak naikkan gaji. Lepas kerja balik, mandi-mandi tengok tivi sikit lepas tu tido.

tiba-tiba korang tanya diri sendiri, 
"eh, apesal aku mengorat perempuan tak pernah dapat? Apesal Jahar budak jahat ramai pula awek keliling pinggang?"


Kenapa ada perempuan minat 'bad guys'? 


simple, sebab 'bad guys' ni interesting, unpredictable, berbeza dengan lelaki lain yang boleh buat wanita jatuh hati. Patut lah orang kata 'Cinta itu buta'. Sampai ada yang sanggup ikut lelaki Indonesia balik Lombok, alih-alih kahwin kerja tanam sayur. Lepas tu masuk paper Metro mintak tolong mak suruh bawak balik. Hahahahahaha..

ok tak lawak. Tak baik gelakkan orang.



gambar tak ada kaitan, cuma aku suka Han Ga In ni. Suka sahaja


Perempuan sesetengah mereka ada yang pelik. Ada yang minat 'bad boys'. Entah kenapa kalau dia tengok ada lelaki jerit-jerit depan kedai dia rasa cool. Ada lelaki buat video bangang-bangang dia rasa cool. Ada lelaki menari-nari depan semua orang dia rasa cool.

eh, tu bad boys ke? ah.. lantak la contoh apa pun.. haha..


Jadi apa yang korang sebagai 'lelaki biasa' patut buat? 

1. Be dangerous.
Jadah apa entah cakap omputih sekerat sekerat.. haha.. Kalau tukar ikut melayu 'jadi bahaya', ceh tak sedap la pula.. 

Ajak gf korang yang sukakan bahaya ni pergi buat benda-benda bahaya. Contoh benda paling simple yang bahaya adalah cakap dekat pak guard "Pak guard bodoh" 

Benda ni memang nampak bangang. Tapi percaya atau tidak ramai aje perempuan yang suka benda-benda bangang ni. Serius ramai. 


2. Perempuan suka lelaki yang 'Jantan'

contoh, 

Girl: “Awak nak kita buat apa hari ni?” 
Man: “Erm.. Entah la, awak nak kita buat apa?”

Girl: Kita nak pergi mana ni?” 
Answer: “Entah, ikut awak lah?”

Jadi lelaki yang jantan, yang punya opinion sendiri. Yang punya telor tiga bijik. Kadang-kadang korang tak buat salah pun. Tapi sebab korang ni terlampau boring maka GF pun anggap tak ada apa yang special pun pada korang. haha..



Tapi, lain orang lain pandangan. Lain orang lain caranya. 

Thursday, 25 August 2011

Cara Untuk Takutkan Lelaki

1) Bercakap pasal anak, nama anak pada masa akan datang. Ataupun nak anak berapa orang, perempuan berapa lelaki berapa. Walhal korang tu baru je kapel-kapel. Jadah?


2) Bercakap pasal kahwin/masa depan terlalu kerap
Perempuan kalau dia kapel mesti la dia pikir,
"Eh, aku nak serius dengan mamat ni. Serius shit aku nak serius"

Lelaki?
"Minah ni saiko ke apa baru je kapel dah tanya nak kawin bila, patut la pakwe dia clash dulu dengan dia"



3) 'Sayang, we need to talk..'
Dah jelas lagi bersuluh perempuan kalau dia cakap keluar benda ni mesti lelaki buat silap. Hahaha. Lelaki ego tinggi gila babi tahu?

4) "I love you" banyak sangat. Nope, banyak gila babi.
Ucapan 'I love you' kalau cakap kadang-kadang serius shit dia akan jadi sedap, dia akan jadi nikmat gila-gila. Tapi kalau dah hari-hari tiap-tiap kali korang text, call, lepas tu perempuan duk ucap 'i love you. i love you' gila banyak lelaki jadi rimas tahu???

5) Berlebih lebih
Bayangkan lelaki. Tiba-tiba baru dia perasan ada OMG banyak gila mesej perempuan hantar. Kalau mesej penting macam dia nak mati boleh maaf lah, tapi...

"Awak kat mana ni?" 10minutes ago
"Awak, kenapa tak reply?" 9minutes ago
"Awak dah tak sayang saya ke?" 8minutes ago
"Awak, reply la.. rindu ni" 7minutes ago
"Dah la, lepas ni jangan cari saya lagi" 6minutes ago

1 missed call from SayangMucuk

"angkat la phone tu", 4minutes ago
"Kenapa dengan awak ni??" 3 minutes ago

20 missed call from SayangMucuk


arghhhh!!!!


6) Bercakap pasal ex
"Dulu ex saya selalu caring, tanya dah makan ke belum, penat ke tak, sihat ke tak"

Bagi perempuan ni semua memang normal, yup, NORMAL. Bagi lelaki?

"Faking apa duk bandingkan aku dengan ex dia ni?"




Kami ni penakut tahu dak??? hahaha