Wednesday 20 July 2011

Cinta Pertama

hello kawan maya. Aku Hamzah Ibrahim.

Cinta Pertama.


Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah bercinta. Tipu lah kalau aku cakap aku tak suka perempuan. Aku suka perempuan cuma perempuan sahaja tak suka aku. haha

Ya, semua orang tahu kapel itu salah bla bla...

Korang semua ingat lagi cinta pertama masing-masing? Ya, mungkin ada yang bercinta berkali-kali sebelum berjumpa your wife/husband. Mungkin korang akan guna alasan,

"tuhan sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya akan datang kita dapat pengajarannya dan buat terbaik untuk hubungan akan datang"


(gambar google)

Bagi aku itu semua alasan untuk korang semua 'move on' betul tak? takkan lah kita nak berharap pada orang yang tak mahu kan? tapi ada juga yang guna alasan tu again and again and again. waddeeeee??

Tapi, seriously guys. Takkan dah lupa terus cinta pertama? Dengan dia lah kita belajar bercinta, dengan dia lah kita belajar kasih sayang, dan dengan dia lah kita pada suatu ketika dahulu malu-malu untuk bercinta.

Ya, aku tak pernah lupa cinta pertama. Entah kenapa nama, tarikh lahir, no henfon masih kekal dalam kepala otak aku ni. Walaupun no henfon tu tak diguna lagi. Its been 10years i think.

Kalau dapat jumpa dia lagi, mungkin kami dapat bercerita tentang zaman dahulu. Zaman tulis surat, zaman ada kawan jadi posmen tak bergaji. Zaman "kirim-kirim salam".

Zaman....

p/s: siapa yang kat sini dah lupa cinta pertama mereka??

Tuesday 19 July 2011

SuperHamzah


Hai, aku Hamzah. Saje je..

Harap dengan blog ini saya dapat lebih ramai lagi kawan-kawan baru.