Sunday 2 October 2011

Perempuan Suka "Bad Guys"?

kepada lelaki :

Korang ni hensem, pakai baju smart. Bangun pagi pukul enam. Mandi-mandi, breakfast, start kereta lima minit terus pergi kerja. Kerja punya la bagus, hari-hari bos korang nak naikkan gaji. Lepas kerja balik, mandi-mandi tengok tivi sikit lepas tu tido.

tiba-tiba korang tanya diri sendiri, 
"eh, apesal aku mengorat perempuan tak pernah dapat? Apesal Jahar budak jahat ramai pula awek keliling pinggang?"


Kenapa ada perempuan minat 'bad guys'? 


simple, sebab 'bad guys' ni interesting, unpredictable, berbeza dengan lelaki lain yang boleh buat wanita jatuh hati. Patut lah orang kata 'Cinta itu buta'. Sampai ada yang sanggup ikut lelaki Indonesia balik Lombok, alih-alih kahwin kerja tanam sayur. Lepas tu masuk paper Metro mintak tolong mak suruh bawak balik. Hahahahahaha..

ok tak lawak. Tak baik gelakkan orang.



gambar tak ada kaitan, cuma aku suka Han Ga In ni. Suka sahaja


Perempuan sesetengah mereka ada yang pelik. Ada yang minat 'bad boys'. Entah kenapa kalau dia tengok ada lelaki jerit-jerit depan kedai dia rasa cool. Ada lelaki buat video bangang-bangang dia rasa cool. Ada lelaki menari-nari depan semua orang dia rasa cool.

eh, tu bad boys ke? ah.. lantak la contoh apa pun.. haha..


Jadi apa yang korang sebagai 'lelaki biasa' patut buat? 

1. Be dangerous.
Jadah apa entah cakap omputih sekerat sekerat.. haha.. Kalau tukar ikut melayu 'jadi bahaya', ceh tak sedap la pula.. 

Ajak gf korang yang sukakan bahaya ni pergi buat benda-benda bahaya. Contoh benda paling simple yang bahaya adalah cakap dekat pak guard "Pak guard bodoh" 

Benda ni memang nampak bangang. Tapi percaya atau tidak ramai aje perempuan yang suka benda-benda bangang ni. Serius ramai. 


2. Perempuan suka lelaki yang 'Jantan'

contoh, 

Girl: “Awak nak kita buat apa hari ni?” 
Man: “Erm.. Entah la, awak nak kita buat apa?”

Girl: Kita nak pergi mana ni?” 
Answer: “Entah, ikut awak lah?”

Jadi lelaki yang jantan, yang punya opinion sendiri. Yang punya telor tiga bijik. Kadang-kadang korang tak buat salah pun. Tapi sebab korang ni terlampau boring maka GF pun anggap tak ada apa yang special pun pada korang. haha..



Tapi, lain orang lain pandangan. Lain orang lain caranya. 

Thursday 25 August 2011

Cara Untuk Takutkan Lelaki

1) Bercakap pasal anak, nama anak pada masa akan datang. Ataupun nak anak berapa orang, perempuan berapa lelaki berapa. Walhal korang tu baru je kapel-kapel. Jadah?


2) Bercakap pasal kahwin/masa depan terlalu kerap
Perempuan kalau dia kapel mesti la dia pikir,
"Eh, aku nak serius dengan mamat ni. Serius shit aku nak serius"

Lelaki?
"Minah ni saiko ke apa baru je kapel dah tanya nak kawin bila, patut la pakwe dia clash dulu dengan dia"



3) 'Sayang, we need to talk..'
Dah jelas lagi bersuluh perempuan kalau dia cakap keluar benda ni mesti lelaki buat silap. Hahaha. Lelaki ego tinggi gila babi tahu?

4) "I love you" banyak sangat. Nope, banyak gila babi.
Ucapan 'I love you' kalau cakap kadang-kadang serius shit dia akan jadi sedap, dia akan jadi nikmat gila-gila. Tapi kalau dah hari-hari tiap-tiap kali korang text, call, lepas tu perempuan duk ucap 'i love you. i love you' gila banyak lelaki jadi rimas tahu???

5) Berlebih lebih
Bayangkan lelaki. Tiba-tiba baru dia perasan ada OMG banyak gila mesej perempuan hantar. Kalau mesej penting macam dia nak mati boleh maaf lah, tapi...

"Awak kat mana ni?" 10minutes ago
"Awak, kenapa tak reply?" 9minutes ago
"Awak dah tak sayang saya ke?" 8minutes ago
"Awak, reply la.. rindu ni" 7minutes ago
"Dah la, lepas ni jangan cari saya lagi" 6minutes ago

1 missed call from SayangMucuk

"angkat la phone tu", 4minutes ago
"Kenapa dengan awak ni??" 3 minutes ago

20 missed call from SayangMucuk


arghhhh!!!!


6) Bercakap pasal ex
"Dulu ex saya selalu caring, tanya dah makan ke belum, penat ke tak, sihat ke tak"

Bagi perempuan ni semua memang normal, yup, NORMAL. Bagi lelaki?

"Faking apa duk bandingkan aku dengan ex dia ni?"




Kami ni penakut tahu dak??? hahaha

Wednesday 24 August 2011

Kesilapan Ketika Bercinta

hai, ye, tajuk poyo nak mati.. kah kah kah..

1) Belum kawin dah jadi Queen Control
Jeles, jeles ni kadang-kadang dia cute juga. Cute kalau si perempuan tu dah jadi bini lelaki serius jadi cute. Tapi bila kapel jeles macam terlalu over dia jadi macam... okeh aku tak tahu ayat apa nak tulis, dem dem..

Stalker, tiba-tiba dekat facebook si lelaki tengok "weh, apakehal mutual friend dekat seribu ni?" 
Komen dekat wall kawan perempuan tiba-tiba gf datang komen jugak. Like dekat gambar kawan perempuan tiba-tiba gf datang like jugak.. perghhhh... gila menakutkan yang amat.

bayangkan kena marah depan public, serius macam anu kena potong perasaan 


2) Cuba mengubah kebiasaan lelaki/perempuan
Gf pakai baju macam mak datin. Dengan shawl lilit lilit, gincu kaler pink, kasut pula tinggi, baju lagi lah. Okeh aku tak tahu describe baju perempuan macam mana.

Tapi tapi, bf selekeh ya amat.

Kalau nak pergi dinner serius patut nasihat lelaki pakai elok sikit. Ini si gadis-gadis cuba nak mengubah kebiasaan yang lelaki buat. Dulu 'baju ronyok tak apa asal pakai selesa' sekarang? heh

Lelaki mudah kecik hati juga kadang-kadang. Ya, kadang-kadang kami bangang.


3) Cepat puas
Jangan fikir sex, aku tahu korang fikir sex. hahaha, oke takde orang gelak. dem dem

Gadis-gadis manis cepat puas hati dengan bf. Macam mana tu bang Mejah?

ermm... Kiranya dah tak ada apa nak buat dalam perhubungan. Semua benda dah buat macam orang umur 60 kawin. Kadang-kadang cuba buat benda bangang dengan bf, pergi mencuri tebu ke, atau korang sama-sama pergi marah Celcom careline. Serius cirit ada adventure sikit. 


4) Tak kasi ruang
Everybody needs some space. Jangan hari-hari ajak keluar dating sangat. Ya, aku tahu korang rindu tapi nanti lama-lama cepat puas pula.

Cuba buat seminggu tak contact bf/gf. Rindu dia lain macam sikit. Kan?


ohyeahhh... ada lagi korang nak tambah? 

Wednesday 20 July 2011

Cinta Pertama

hello kawan maya. Aku Hamzah Ibrahim.

Cinta Pertama.


Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah bercinta. Tipu lah kalau aku cakap aku tak suka perempuan. Aku suka perempuan cuma perempuan sahaja tak suka aku. haha

Ya, semua orang tahu kapel itu salah bla bla...

Korang semua ingat lagi cinta pertama masing-masing? Ya, mungkin ada yang bercinta berkali-kali sebelum berjumpa your wife/husband. Mungkin korang akan guna alasan,

"tuhan sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya akan datang kita dapat pengajarannya dan buat terbaik untuk hubungan akan datang"


(gambar google)

Bagi aku itu semua alasan untuk korang semua 'move on' betul tak? takkan lah kita nak berharap pada orang yang tak mahu kan? tapi ada juga yang guna alasan tu again and again and again. waddeeeee??

Tapi, seriously guys. Takkan dah lupa terus cinta pertama? Dengan dia lah kita belajar bercinta, dengan dia lah kita belajar kasih sayang, dan dengan dia lah kita pada suatu ketika dahulu malu-malu untuk bercinta.

Ya, aku tak pernah lupa cinta pertama. Entah kenapa nama, tarikh lahir, no henfon masih kekal dalam kepala otak aku ni. Walaupun no henfon tu tak diguna lagi. Its been 10years i think.

Kalau dapat jumpa dia lagi, mungkin kami dapat bercerita tentang zaman dahulu. Zaman tulis surat, zaman ada kawan jadi posmen tak bergaji. Zaman "kirim-kirim salam".

Zaman....

p/s: siapa yang kat sini dah lupa cinta pertama mereka??

Tuesday 19 July 2011

SuperHamzah


Hai, aku Hamzah. Saje je..

Harap dengan blog ini saya dapat lebih ramai lagi kawan-kawan baru.