Korang ada best friend? Maksud aku best friend berlainan jantina lah, pernah jatuh cinta dengan diaorang? hehehe~
Contohnya ada sorang lelaki dan sorang perempuan. Diaorang ni berkawan baik punya lah lama. Sejak sekolah rendah sampai lah masuk universiti berkawan. Tup tup, yang lelaki ni jatuh cinta dekat perempuan tu...
1) Salah Seorang Taknak Bercinta
Ini sangat-sangat berisiko. Bila kau dah confess cinta dekat kawan baik, tiba-tiba si dia taknak kat korang. Macam mana perasaan korang masa tu beb? Friendzoned? kah kah kah..
Dia anggap kau ni kawan baik aje, kau pulak nak lebih-lebih. Adakah korang masih berkawan lepas tu? Ya, masih berkawan. Adakah korang masih baik seperti dulu? Tidak, korang akan rasa awkward, rasa malu, rasa marah, semua rasa ada..
2) Sayang,
Katakan lah si dia pun rasa nak berkapel dengan korang jugak.. dua-dua bersetuju nak saling sayang-menyayangi..
Tapi sayang ni ada banyak beb.. Sayang dekat kawan-kawan ni sangat-sangat berbeza dengan sayang dekat couple. Kalau sayang dekat mak ayah lagi lah lain. Kau buat salah dekat mak ayah pagi ni, petang karang ok je makan nasik sama-sama kan? Jadi 'Sayang' ni banyak definisi..
Tapi, aku masih tak boleh lagi nak proses dalam otak ni macam mana "sayang kawan" tiba-tiba bertukar jadi "sayang sebab couple".. ye lah, dah nama kawan baik kan. Ada ke yang bahasakan kawan dia 'saya awak'? Takde beb.. kalau ada tu maknanya korang ni bukan kawan baiklah. Gerenti bahasakan diri 'aku kau' dengan kawan kan?
tiba-tiba korang berkapel.. Nak panggil apa? Dari empat lima tahun panggil 'aku kau' tiba-tiba rasa awkward gila-gila.. Lagi awkward bila pasangan suruh panggil panggilan manja-manja.. 'mama papa'
mama papa lah sangat... hahahaha~
3) Risiko Percintaan Putus Di Tengah Jalan
dah kenapa ayat skema esei SPM ni? grrr..
"Alah bang, rasa awkward panggilan manja-manja ni kejap aje lah. Lama-lama okeh lah tu bila dah biasa", kata seorang pembaca dalam hatinya sendiri..
Tahu tak statistik orang yang putus cinta ni berapa? Secara purata, setiap orang di Malaysia akan putus cinta walaupun sekali seorang. Ya, statistik ni aku reka-reka je.. hahaha~
“Friendship to love, always. But love to friendship, never.” Dan dari pemerhatian aku, kebanyakan orang yang dah putus ni memang takkan berkawan dah dengan ex diaorang. Betul?
Dari elok ada kawan baik tiba-tiba sebab cinta yang sekejap, korang hilang kawan baik tu.. perghh... sadis beb, ini memang sadis..
4) Kahwin dengan kawan baik
Orang putih kata, "Friendship is the best foundation for love". Nanti bila dah kahwin pasangan tu paham korang, tahu apa korang nak, tahu apa yang korang taknak..
Nak lebih selamat, tak payah kapel. Kalau korang nak kahwin baru lah korang bagitahu si kawan baik tu.
"Kau nak kahwin dengan aku tak?"
Friday, 17 February 2012
Sunday, 2 October 2011
Perempuan Suka "Bad Guys"?
kepada lelaki :
Korang ni hensem, pakai baju smart. Bangun pagi pukul enam. Mandi-mandi, breakfast, start kereta lima minit terus pergi kerja. Kerja punya la bagus, hari-hari bos korang nak naikkan gaji. Lepas kerja balik, mandi-mandi tengok tivi sikit lepas tu tido.
tiba-tiba korang tanya diri sendiri,
"eh, apesal aku mengorat perempuan tak pernah dapat? Apesal Jahar budak jahat ramai pula awek keliling pinggang?"
Kenapa ada perempuan minat 'bad guys'?
simple, sebab 'bad guys' ni interesting, unpredictable, berbeza dengan lelaki lain yang boleh buat wanita jatuh hati. Patut lah orang kata 'Cinta itu buta'. Sampai ada yang sanggup ikut lelaki Indonesia balik Lombok, alih-alih kahwin kerja tanam sayur. Lepas tu masuk paper Metro mintak tolong mak suruh bawak balik. Hahahahahaha..
ok tak lawak. Tak baik gelakkan orang.
gambar tak ada kaitan, cuma aku suka Han Ga In ni. Suka sahaja
Perempuan sesetengah mereka ada yang pelik. Ada yang minat 'bad boys'. Entah kenapa kalau dia tengok ada lelaki jerit-jerit depan kedai dia rasa cool. Ada lelaki buat video bangang-bangang dia rasa cool. Ada lelaki menari-nari depan semua orang dia rasa cool.
eh, tu bad boys ke? ah.. lantak la contoh apa pun.. haha..
Jadi apa yang korang sebagai 'lelaki biasa' patut buat?
1. Be dangerous.
Jadah apa entah cakap omputih sekerat sekerat.. haha.. Kalau tukar ikut melayu 'jadi bahaya', ceh tak sedap la pula..
Ajak gf korang yang sukakan bahaya ni pergi buat benda-benda bahaya. Contoh benda paling simple yang bahaya adalah cakap dekat pak guard "Pak guard bodoh"
Benda ni memang nampak bangang. Tapi percaya atau tidak ramai aje perempuan yang suka benda-benda bangang ni. Serius ramai.
2. Perempuan suka lelaki yang 'Jantan'
contoh,
Girl: “Awak nak kita buat apa hari ni?”
Man: “Erm.. Entah la, awak nak kita buat apa?”
Girl: Kita nak pergi mana ni?”
Answer: “Entah, ikut awak lah?”
Jadi lelaki yang jantan, yang punya opinion sendiri. Yang punya telor tiga bijik. Kadang-kadang korang tak buat salah pun. Tapi sebab korang ni terlampau boring maka GF pun anggap tak ada apa yang special pun pada korang. haha..
Tapi, lain orang lain pandangan. Lain orang lain caranya.
Subscribe to:
Posts (Atom)